Pembelajaran pada minggu ini berkaitan dengan data communication. Actually, saya tak berapa minat kelas telekomunikasi dan rangkaian sebab bagi saya subjek nih rumit dan susah. Tapi kita mesti try then baru boleh judge kan. Jadi saya anggap kelas nih adalah untuk menarik minat saya dan juga sebagai cabaran buat saya. Sebelum memulakan pengajaran pada minggu ini, pensyarah kami telah memberi sehelai kertas untuk menguji ingatan kami mengenai pembelajaran pada minggu lepas. Malang buat saya kerana saya tidak mengulang kaji. Selepas ini saya akan lebih prepared sebelum memasuki kelas ini.
Selepas pensyarah selesai mengajar topik data communication, beliau telah menyuruh saya dan rakan-rakan membuat mindmap berkaitan pembelajaran yang diajarkan tadi. Mindmap yang dibuat oleh saya agak buruk dan tidak menarik untuk dibaca kerana saya hanya fikir untuk siap awal saja. In Shaa Allah pada kelas seterusnya, saya akan membuat mindmap yang lebih menarik untuk dibaca dan lebih kreatif.
![]() |
| Mind map about data communication |
Kemudian, kami telah melakukan aktiviti kumpulan mengikut tajuk yang telah diberikan. Kumpulan saya telah diberi tajuk berkaitan "isochronous". Kumpulan saya merupakan kumpulan yang perlu mengulang kembali pembentangan kerana kami sendiri tidak memahami tajuk yang diberikan dan tidak mampu menghuraikannya sewaktu pembentangan. Selepas ini, kami akan lebih prepared dan membuat sesuatu kerja kumpulan dengan lebih bersungguh-sungguh.

No comments:
Post a Comment