Pada minggu ini, saya dan rakan-rakan telah diarah untuk ke pertandingan inovasi dan diminta untuk membuat sebuah laporan berkaitan dengan mana-mana satu booth yang kami minat.
Saya telah memilih booth 115 iaitu booth Mesin Pengering & Pewangi Kaki Miss Q sebagai tajuk laporan saya. Mesin Pengering dan Pewangi kaki ini adalah satu mesin yang mempunyai dua fungsi dan merupakan mesin mudah alih. Selain itu, mesin tersebut dicipta untuk membasmi masalah bau stoking atau kaki. Saya telah membuat sedikit rumusan dan menangkap beberapa keping gambar berkaitan dengan booth serta mesin tersebut:
Pembelajaran abad ke-21 menuntut para pelajar untuk kerap berada di dalam kelas-kelas khas seperti bilik komputer, perpustakaan dan sebagainya. Proses pengajaran dan pembelajaran di bilik komputer atau perpustakaan yang berpenghawa dingin memerlukan murid-murid untuk membuka kasut masing-masing. Dengan keadaan stoking yang lembap akibat peluh daripada aktiviti Pendidikan Jasmani, bau yang kurang enak terhasil apabila semua murid yang berstoking memasuki bilik atau perpustakaan tersebut. Keadaan bau yang busuk dari stoking murid-murid telah menyebabkan mereka berasa tidak selesa untuk belajar di tempat tersebut. Lantas pasukan inovasi SK Canossian Convent telah mencipta mesin pengering dan pewangi kaki untuk digunakan sebelum memasuki kelas-kelas khas tersebut. Natijahnya, masalah bau yang tidak enak ini dapat diatasi dengan terciptanya Mesin Pengering dan Pewangi Kaki Miss Q.

![]() |
| Gambar bersama Mesin Pengering dan Pewangi Kaki Miss Q |
![]() |
| Gambar bersama dengan pelajar-pelajar SK Canossian Convent |
![]() |

No comments:
Post a Comment